Anda Suka Blog Ni ??

Monday, 8 July 2013

AMALAN YANG DIGALAKKAN SEMASA BULAN RAMADHAN


Di antara yang diajar oleh Rasulullah SAW semasa bulan Ramadhan ialah:

  1. MAKAN SAHUR DAN MELEWATKANNYA
Anas bin Malik r.a. berkata telah bersabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Sahurlah kamu sekelian, sesungguhnya dalam sahur itu ada keberkatannya (HR Muslim). Dan baginda SAW juga biasa mengakhirkan sahur, sebagaimana terdapat riwayat dari Anas bin Malik (dan dalam satu riwayat darinya bahawa Zaid bin Tsabit bercerita kepadanya) bahawa Nabiyullah dan Zaid bin Tsabit makan sahur bersama. Tatkala keduanya telah selesai sahur, Nabi berdiri lalu bersolat. Aku bertanya kepada Anas: Berapa lama antara keduanya selesai makan sahur dan mulai solat? Anas berkata: Sekitar (membaca) lima puluh ayat (HR Bukhari)(agak2 dalam 15 atau 20 minit sebelum subuh macamtula)

  1. IMSAK
Rasulullah bersabda: “Apabila salah seorang dari kamu mendengar azan subuh padahal bekas minuman masih di tangannya, maka janganlah ia meletakkannya sehingga dia menyelesaikan meminumnya”. (HR Abu Daud dan Ibnu Majah).

  1. MEMPERCEPATKAN BERBUKA BILA MASUK WAKTU BERBUKA
 Sahl bin Saad berkata sesungguhnya Rasulullah telah bersabda: Telah berfirman Allah SWT “Hamba-hamba-Ku yang lebih aku cintai ialah mereka yang segera berbuka puasa bila tiba masanya" (HR Tirmizi dan Abu Hurairah). Dari Sahl bin Sa’ad RA bahwa Rasulullah SAW bersabda : Manusia akan senantiasa berada dalam kebaikan selama mereka mahu menyegerakan berbuka (HR Bukhari dan Muslim). Dan makanan kegemaran Nabi SAW ketika berbuka ialah kurma. Satu riwayat dari Sulaiman Ibnu Amir Al-Dhobby bahwa Nabi SAW bersabda: Apabila seseorang di antara kamu berbuka, hendaknya ia berbuka dengan kurma, jika tidak mendapatkannya, hendaknya ia berbuka dengan air karena air itu suci. Riwayat Imam Lima. Hadits sahih menurut Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban, dan Hakim.

  1. QIYAMULLAIL
Berkenaan dengan hal ini terdapat riwayat Abu Hurairah RA mengatakan bahawa Rasulullah bersabda: "Barangsiapa yang mendirikan solat malam di bulan Ramadhan kerana iman dan mengharap pahala dari Allah, maka diampuni dosanya yang telah lampau (HR Bukhari).

  1. MEMBANYAKKAN MEMBACA AL-QURAN
Dari Ibnu ‘Abbas RA, baginda SAW bersabda: Saat Jibril menemuinya. Setiap kali Jibril menemui baginda pada malam Ramadhan, pasti beliau tengah mentadabburi al-Quran (HR Bukhari & Muslim). Rasulullah bersabda yang bermaksud: Orang-orang yang berkumpul di masjid dan membaca al-Quran, maka kepada mereka Allah akan limpahkan rahmat (HR Muslim).

  1. MEMBANYAKKAN SEDEKAH
Rasulullah SAW yang terkenal dengan sifat pemurah telah membanyakkan sedekah ketika di bulan Ramadhan. Ibnu ‘Abbas RA meriwayatkan, ia berkata: Rasulullah SAW adalah seorang manusia yang paling pemurah, terutama sekali pada bulan Ramadhan, saat Jibril menemui beliau. Setiap kali Jibril menemui beliau pada malam Ramadhan, pasti beliau tengah mentadabburi al-Quran. Sungguh tatkala Jibril menemiu beliau, beliau adalah seorang manusia yang paling pemurah dalam mengulurkan kebaikan, bahkan lebih pemurah dari angin (pembawa rahmat) yang terus bertiup (HR Bukhari dan Muslim).

  1. MENINGGALKAN PERBUATAN DAN KELAKUAN BURUK.
 Dari Abu Hurairah RA, ia berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Allah berfirman: Semua amal soleh anak Adam akan dilipatgandakan, SATU kebaikan dilipatgandakan menjadi 10 kalinya, bahkan sampai 700 kalinya, kecuali puasa, sebab puasa adalah milikKu dan hanya Aku lah yang akan membalasnya, hal ini disebabkan seseorang yang berpuasa itu meninggalkan syahwat dan makanannya kerana Aku. Orang yang berpuasa itu memiliki dua kegembiraan, yakni kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan ketika menghadap Rabbnya. Sungguh bau mulut orang yang sedang berpuasa itu dalam pandangan Allah lebih harum dari haruman kasturi. Puasa adalah perisai. Jika seseorang sedang puasa, janganlah ia berbuat atau berkata yang tidak senonoh. Jika ada seseorang yang memakinya, hendaklah ia mengatakan: "Maaf aku sedang puasa" (HR Bukhari-Muslim).





No comments:

Post a Comment