Pertama: Persediaan ilmu
agama. Ramai orang yang berpuasa tanpa ilmu di dada, di khuatiri ibadah
yang diharapkan mendapat pahala sebaliknya tidak diterima. Menjelang Ramadhan,
kita diseru meluangkan masa menuntut ilmu agama. Sama ada dengan cara membaca buku, menghadiri kuliah-kuliah agama
atau media massa. Perkara yang perlu diberi keutamaan ialah berkaitan
dengan ibadah puasa seperti rukun, syarat sah, perkara yang membatalkan puasa,
adab dan juga akhlak orang berpuasa. Hal ini begitu penting untuk mendapat
kesempurnaan ibadah puasa.
Kedua: Persediaan kesihatan.
Kesihatan tubuh badan yang sempurna menjamin kesempurnaan ibadah puasa.
Kecerdasan seluruh anggota badan diperlukan kerana pada bulan Ramadhanlah tubuh
badan dikerah bekerja kuat melaksanakan segala amalan
seperti solat sunat tarawih, qiamullail, membaca al-Quran, iktikaf dan
sebagainya.
Ketiga: Persediaan dari
sudut kewangan. Di antaranya ialah dengan bersedekah. Rasulullah SAW
merupakan seorang yang paling suka bersedekah
dan dermawan serta Baginda lebih dermawan di dalam bulan Ramadhan. Hal ini
diceritakan oleh Ibnu Abbas RA: “Rasulullah SAW
ialah orang yang paling dermawan. Dan beliau lebih dermawan lagi di bulan
Ramadhan di saat beliau bertemu Jibril. Jibril menemuinya setiap malam
untuk mengajarkan Al- Quran. Dan kedermawanan Rasulullah SAW melebihi angin
yang berhembus.” (Riwayat al-Bukhari)
Keempat: Memperbanyakkan
menyebut hal berkaitan kelebihan dan kemuliaan Ramadhan. Kita dituntut
memperbanyakkan bercerita tentang kemuliaan bulan Ramadhan. Perkara ini
bertujuan memberi rangsangan dan semangat kepada kita bagi membuat persediaan
bertemu Ramadhan. Bukankah sesuatu acara itu akan menjadi lebih meriah dan
suasananya dapat dirasai jika senantiasa diwar-warkan. Apatah lagi bulan yang
begitu mulia ini sepatutnya lebih layak
disebut-sebut kemulian dan ganjarannya oleh media massa, media elektronik dan
seluruh umat Islam.
No comments:
Post a Comment