~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Di mana cantiknya seorang wanita itu..
cantiknya seseorang terletak pada agamanya,
cantik seseorang wanita itu terletak pada akhlaknya,
cantik seseorang wanita itu terletak pada tuturkatanya,
cantik seseorang wanita itu terletak pada menjaga auratnya,
cantik seseorang wanita itu terlatak pada kesederhanaannya..
Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan
ialah wanita(isteri) yang solehah.
cantiknya seseorang terletak pada agamanya,
cantik seseorang wanita itu terletak pada akhlaknya,
cantik seseorang wanita itu terletak pada tuturkatanya,
cantik seseorang wanita itu terletak pada menjaga auratnya,
cantik seseorang wanita itu terlatak pada kesederhanaannya..
Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan
ialah wanita(isteri) yang solehah.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Amalan Wanita Solehah
1. Mendirikan
solat
Semua manusia yang sudah mencapai umur baligh
diwajibkan keatasnya solat fardu lima waktu sehari
semalam. Solat fardu dengan rajin dan lakukannya solat sunat bagi
menampung kekurangan yang terdapat pada solat wajib itu tadi.
2. Menjaga solatnya
Seseorang yang wajib solat dituntut juga khusyuk
ketika menunaikan kewajipan itu. Selain khusyuk,menunaikan solat juga dituntut
beristiqamah iaitu melakukan solat dengan berterusan mengerjakannya serta menjaga waktunya, ini bermaksud solat itu mesti diawal waktu dan tidak berlengah- lengah.
3. Bersyukur dan
redha
Manusia ini biasa mempunyai tabiat yang buruk kerana
apabila ditimpakan ujian atau musibah sering mengeluhdan adakalanya seperti
menyalahkan takdir. Sebaiknya kita bersyukur dan redha
dengan setiap pemberian Allah.
4. Selalu
bersedekah
Murah hati adalah sifat yang mulia. Kehidupan akan
menjadi indah dan bahagia apabila semua orang ada perasaan ingin saling bantu membantu sesama saudara seagama.
Sehingga malikat berdoa agar orang yang rajin memberi sedekah itu Allah S.W.T
akan gantikan dangan ganjaran yang berlipat kali ganda.
5. Menjaga maruah
diri
Untuk menjadi wanita solehah hendaklah wanita itu
menjaga maruahnya dengan menutup aurat dengan
betul.memelihara diri dan kehormatannya serta menjauhi perlakuan yang
boleh mendorongnya melakukan maksiat dan perbuatan keji.
6. Takut murka
Allah
Wanita solehah sentiasa patuh
kepada ajaran Allah dan menjauhi semua laranganNya. Walaupun Allah
tidak dapat dilihat tetapi sentiasa merasakan Allah itu maha melihat semua
perbuatan hambaNya.
7. Menjaga amanah.
Sebagai wanita perlulah menjaga amanah yang telah
dipikulkan ke atasnya seperti amanah menjadi seorang
isteri, seorang ibu , seorang pekerja, seorang tertangga. Amanah kepada
Allah seperti di dalam surah Al-Fatihah , ‘kepada Engkau kami menyembah dan
kepada Engkau kami memohon pertolongan.
8. Pandai mengaji
Al-Quran
Wanita solehah selain solat, menjaga solatnya
dengan istiqamah, menjaga amanah dan memelihara diri,
mestilah juga tahu mengaji quran dan suka /sering menjadikan Quran itu sebagai
sahabatnya. Sesungguhnya rumah yang tidak diperdengarkan alunan bacaan
Quraan ibarat sebuah kubur.
No comments:
Post a Comment