Anda Suka Blog Ni ??

Tuesday, 23 April 2013

Hukum meninggalkan solat 5 waktu


Hukum meninggalkan solat 5 waktu

Lalai solat lima waktu

Didalam neraka Jahanam terdapat wadi (lembah) yang didalamnya adalah ular-ular bersaiz 

sebesar tengkuk unta dan panjangnya sebulan perjalanan.  Kerjanya tiada lain selain mengigit 

orang-orang yang tidak menunaikan sembahyang semasa hidup mereka. Bisa ular itu pula 

menggelegak di dalam badan mereka selama 70 tahun sehingga luruh seluruh daging badan 

mereka. Kemudian tubuh mereka kembali pulih lalu digigit lagi dan begitulah seterusnya.





Dosa Meninggalkan Solat 5 Waktu

1. Solat Subuh : satu kali meninggalkan akan dimasukkan ke dalam neraka selama 30 tahun yang    sama dengan 60.000 tahun di dunia. 

2. Solat Zuhur : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan membunuh 1.000 orang umat islam.

3. Solat Ashar : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan menutup/meruntuhkan ka’bah. 

4. Solat Magrib : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan berzina dengan orang tua. 

5. Solat Isya : satu kali meninggalkan tidak akan di redhai Allah SWT tinggal di bumi atau di bawah langit serta makan dan minum dari nikmatnya.


6 Siksa di Dunia Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu :
1. Allah SWT mengurangi keberkatan umurnya

2. Allah SWT akan mempersulit rezekinya. 

3. Allah SWT akan menghilangkan tanda/cahaya soleh dari raut wajahnya. 

4. Orang yang meninggalkan solat tidak mempunyai tempat di dalam islam. 

5. Amal kebaikan yang pernah dilakukannya tidak mendapatkan pahala dari Allah SWT. 

6. Allah tidak akan mengabulkan doanya.



3 Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu Ketika Menghadapi Sakratul Maut :

1. Orang yang meninggalkan solat akan menghadapi sakratul maut dalam keadaan hina. 

2. Meninggal dalam keadaan yang sangat lapar. 

3. Meninggal dalam keadaan yang sangat haus.


3 Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu Ketika Menghadapi Sakratul Maut :

1. Orang yang meninggalkan solat akan menghadapi sakratul maut dalam keadaan hina. 

2. Meninggal dalam keadaan yang sangat lapar. 

3. Meninggal dalam keadaan yang sangat haus.


3 Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu Ketika Bertemu Allah :

1. Orang yang meninggalkan solat di hari kiamat akan dibelenggu oleh malaikat. 

2. Allah SWT TIDAK akan memandangnya dengan kasih sayang

3. Allah SWT TIDAK akan mengampunkan dosa dosanya dan akan di azab sangat pedih di neraka.


Hadith Mengenai Dosa Meninggalkan Solat 5 Waktu

Mengenai balasan bagi orang yang meninggalkan Solat Fardu: “Rasulullah SAW, diperlihatkan 

pada suatu kaum yang membenturkan kepala mereka pada batu, Setiap kali benturan itu 

menyebabkan kepala pecah, kemudian ia kembali kepada keadaan semula dan mereka tidak 

terus berhenti melakukannya

Lalu Rasulullah bertanya: “Siapakah ini wahai Jibril”? Jibril menjawab: “Mereka ini orang yang berat kepalanya untuk menunaikan Solat fardhu”. (Hadits Riwayat Tabrani, sanad shahih) 





Tgk Video ni :  Nauzubillah terjadi pada diri kita atau keluarga kita. 



Note : Sekiranya solat tidak dikerjakan, maka TERPUTUSLAH hubungan dengan Allah SWT. Bukti seseorang itu masih beriman kepada Allah SWT ialah SOLAT.

***  Ingatla bila kita nak masuk ke syurga bukan dengan amalan kita sahaja,tetapi dengan RAHMAT dari Allah .Jika TERPUTUS hubungan kita dengan Allah kerana meninggalkan solat macam mana nak masuk SYURGA Allah..Berfikirla sejenak tentang kehidupan kita diakhirat kelak.Janganlah terlalu lalai dengan kehidupan didunia. Jika kita tidak rasa takut walaupun sedikit pun apabila membaca azab pada orang yang tidak solat seperti tiada lagi iman dihatinya.(marah2 sayang)  :p







Monday, 15 April 2013

Kelebihan Berwudhu


Berwuduk

Setiap perintah Allah SWT tentu memiliki hikmah kebaikan disebaliknya. Lima pancaindera kenapa semua tanpa terkecuali disapu oleh air wudhu’. Mata, hidung, telinga & seluruh kulit tubuh. Ini betul-betul luar biasa.



Nikmat yang Allah Bagi kepada kita :

-      Dengan cara yang mudah Allah memberikan Penghapusan dosa kita dengan kita berwuduk.

-      Setiap hari Allah akan menghapuskan dosa kita apabila kita mengambil wudhu untuk solat 5 waktu sehari semalam.(itu kalau kita solat 5 kali la ok) :P


Kelebihan Berwuduk Dalam Sains

Ahli syaraf/ neurologist pun telah membuktikan dengan air wudhu’ yang menyejukkan hujung-hujung urat syaraf jari-jari tangan dan jari-jari kaki berguna untuk menenangkan fikiran.


Fadilat dan kelebihan wudhu’

1.Orang yang tidur dalam keadaan berwuduk pahalanya seperti berpuasa.

2.Orang yang wuduk sebelum tidur, Malaikat tidur bersamanya.

3.Nabi kenal umatnya melalui cahaya wuduk. Wuduk selepas wuduk yang belum batal umpama Cahaya atas cahaya (Nur ala nur) , sudah cerah lagi bersuluh.

4.Doa selepas wuduk gugurkan dosa.

5.Wuduk menjadi kafarah, menghapus dosa antara 2 waktu solat.

6.Air wuduk dan mandi junub  menghasilkan malaikat yang berdoa dan minta ampun untuk tuannya.


Makruh wudhu :

Apabila mengambil wudhu dengan air panas . Maksudnya, Air yang dijemur dibawah matahari  kerana boleh mewarisi penyakit sopak. (Kalau kita mengambil wudhu guna “water heater” tidak makruh.)

TAPI hanya dinegara yang panas sahaja seperti Negara Arab bukan Malaysia.


Hukum Berbual-bual ketika wudhu

Sah wudhu. Tetapi hilang pahala.

Note : Janganlah kita rasa mengambil wudhu itu 1 kesusahan atau menyusahkan diri..kerana Free2 je Allah nak hapuskan dosa kita. J

                                       https://www.youtube.com/watch?v=WWQi2O0LGWg

Cerita-Cerita Pakai makeup dan nak ambil wudhu...

-      Masuk bab wuduk ini, antara syarat sah wuduk itu adalah membersihkan anggota wuduk 
    daripada perkara2 yg boleh menghalang air daripada sampai ke kulit. Anggota wuduk itu adalah muka, kedua belah tangan sampai siku, sebahagian rambut belah depan dan kedua belah kaki sampai buku lali. Jadi, kalau pakai pewarna kat bulu ketiak, masih sah wuduk.. sbb ketiak bukan termasuk dlm anggota wuduk.

-      Oleh kerana mekap ini hanya pada muka, maka fokusnya pada air yg sampai pada muka. Jika beliau memakai bedak biasa, yang mana kalau kena air, bedak tu akan tanggal, maka tiada masalah. Sebaliknya, jika pakai bedak luar biasa (bedak yg water proof.. tak telap air), maka wuduknya itu TAK SAH.. kerana air tak mengenai kulitnya.

-      Begitu juga gincu.. juga pewarna kelopak mata, celak, maskara dsb.. jika tak telap air, maka wuduk itu tak sah.

-      Sama juga keadaannya bagi yg memakai bulu mata palsu.. difahamkan, kalau nak pasang bebulu itu, kena letak gam khas (rasanya bukan gam gajah).. maka, gam itu pun kena dibersihkan dulu sebelum berwuduk.

·         Kalau sekadar mekap yg nipis, tepek bedak sikit2, pakai gincu sikit, blusher sikit, celak sikit, maka dimaafkan.. Yang dilarang adalah mereka2 yg berlebih2an dalam menghias diri (yg bukannya untuk diperlihatkan kepada suami).. 

resources : ustazlove

Note : Maka itu, bagi sesiapa yang masih belum mampu nak meninggalkan mekap tebal ni, kena habiskan sikit masa untuk cuci mekap tu.. jangan plak combine waktu solat disebabkan malas nak cuci mekap, pastu nak pakai balik. Mekap sikit2 cukup la.. kalau dah cantik tu, tak pakai mekap pun nampak cantik.. kihkih

Monday, 18 March 2013

Hikmah membaca al-quran


Hikmah Membaca Al-Quran

Rasulullah bersabda :

" Sesungguhnya orang yang di rongganya Tidak terdapat sedikit pun AL-QUR'AN adalah seperti rumah yang rusak." (HR. Ahmad, At Tirmidzi)


Bila kita Membaca dan Mengamalkan AL-QUR'AN Rumah itu akan terasa luas bagi penghuninya, akan di datangi Malaikat, di jauhi syaitan dan akan membanjir pula di dalamnya Kebaikan.


Sebaliknya, jika kita Tidak pernah Membacanya al-quran Rumah itu akan terasa Sempit bagi penghuninya, akan di jauhi Malaikat dan di datangi syaitan serta tidak banyak Kebaikan.


Sesungguhnya AL-QUR'AN adalah Tali ALLAH, Cahaya, Penyembuh yang sangat Mujarab, Pelindung bagi orang-orang yang berpegang padanya, Penyelamat bagi orang yang mengikutinya, Tidak Membelokkan tapi Meluruskan kita.


KEAJAIBAN-KEAJAIBAN AL-QUR'AN tidak akan pernah habis, dan tidak pernah membosankan meski dibaca berulang-ulang.


Untuk itu Bacalah Ia, Karena sesungguhnya ALLAH akan memberikan PAHALA atas bacaan tersebut, yang setiap Hurufnya berpahala Sepuluh Kebaikan.

Bukan Aliif Laam Miin (sebagai satu kata), Tetapi Alif, Lam, dan Mim dengan setiap hurufnya sepuluh kebaikan.

Rasulullah bersabda :

" Sesungguhnya Allah mempunyai para Ahli dari umat manusia yaitu Orang yang ahli Al-Qur'an." (HR. Ad-Darimi).

Sources :  luvislam /Mohd islam


..........................................................................................................................

Masa aku belajar time tu sem 3 ..bile balik cuti sem, akak aku cerita pasal orang yang mendapat syafaat bila kat kubur nanti bila hari2 baca quran...aku pun semangatla dengar..tapi sekarang dah lupa..tapi bila nak kongsi ngan korang pasal hikmah membaca quran ni baru aku teringat...aku punyala cari cerita ni...akhirnya...........jumpa jugakkkk.....so korang bacala kalau nak jumpe jejaka kacak dalam kubur nanti ok..hihkhikk



WAJIB BACE!!!!CERITA NI MENGENAI ORANG YANG MENDAPAT SYAFAAT KERANA  SENTIASA MEMBACA AL-QURAN....


Di dalam sebuah hadis "daripada Abu Umamah al-Bahili r.a Nabi saw bersabda yang bermaksud: Bacalah Al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat memberi syafaat kepada golongannya". (riwayat Muslim)


Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa “Apabila seseorang itu meninggal dunia dan keluarganya sibuk melakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacak akan berdiri di bahagian kepalanya.


Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan datang mendiami antara dadanya dan kain kafan itu. Bila selesai dikebumikan, orang ramai akan pulang ke rumah dan datanglah dua malaikat; Munkar dan Nakir cuba untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat membuat pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal dunia itu tanpa sebarang gangguan.


Tetapi orang yang kacak itu akan berkata : “Dia adalah kawanku. Aku tidak akan meninggalkannya berseorangan walau dalam keadaan apa sekalipun. Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak akan meninggalkannya sehingga aku membawanya masuk ke SYURGA!” Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan berkata: “Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya kadang kala dengan suara perlahan dan kadang kala dengan suara yang kuat” . “


Janganlah engkau bimbang. Selepas pertanyaan Munkar dan Nakir ini, engkau tidak akan berasa dukacita lagi Bila pertanyaan selesai, orang yang kacak itu akan mengadakan untuknya satu hamparan sutera yang penuh dengan kasturi dari malaikat – malaikat dari syurga”.


Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang itu adalah kita. Kita tahu tentang tingginya syafaat Al-Quran tetapi dengan mengetahuinya sahaja tanpa berusaha untuk mendekati dan merebut syafaat itu kita adalah orang-orang yang rugi.


Sources : sharemotivasi
............................................................................................................................

Cuba kita renungkan sejenak diri kita sendiri. Ajal dan maut adalah ketentuan Allah. Bila ia telah datang kita tidak akan mampu memperlambatkan atau mempercepatkannya walaupun untuk tempoh sesaat. Dan apabila berada di alam kubur siapakah lagi yang akan menemani kita jauh sekali memberi bantuan kecuali amalan – amalan kita sewaktu di dunia.


Tip : Kalau rase macam tak de masa nak bace quran tu...bacala lepas magrib..sebab time tula masa kita beristirehat sebenarnya untuk memperbanyakkan dan mencantikkan amalan kita...renungan diri sendiri dan untuk semua..   :)

***Dekatilah Al-Quran dan jadikalah ia teman di dunia dan pemberi syafaat di Akhirat.


Monday, 11 March 2013

Hari Jumaat


Hari Jumaat

-      Hari jumaat lebih baik dari Ramadhan dan 10 hari terakhirnya..Hari jumaat lebih baik daripada     hari-hari dalam ramadhan.

-      Nabi SAW bersabda : “barangsiapa yang mandi ,keluar awal berjalan kaki dan tidak menunggang,kemudian menghampiri imam dan mendengar khutbah maka pada setiap langkahnya,dia dikurniakan ganjaran berpuasa dan bersolat selama setahun...masyaAllah seronoknya dan untungnya orang lelaki ni kan....


Kelebihan Hari Jumaat

1.   Berlakunya Hari Qiamat.

Dalam suatu hadis riwayat Muslim, Rasulullah SAW ada menyebut bahawa:
“Pada hari Jumaat juga qiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”

2.  Nabi Adam Diciptakan Dan Baginda Juga Disingkirkan Dari Syurga.

 “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”

3.   Penghulu Segala Hari.

Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: 
“Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).” Terdapat banyak kebaikan dan kelebihan pada hari ini termasuklah Solat Jum’aat.


4.  Selamat Dari Fitnah Kubur Bagi Yang Mati Pada Hari Jumaat.

Menurut Rasulullah SAW:
“Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah daripada fitnah kubur.”

5.    Kebaikan Dengan Memotong Kuku.

Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”

**Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang,dosanya sama seperti memelihara sekandang babi ..bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk ke semua babi-babi tersebut…

Cara memotong kuku mengikut sunnah Nabi :



Info tambahan
Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..


6.    Makbulnya Doa Di Antara Dua Khutbah.

Berdasarkan hadith Rasulullah SAW daripada Abu Hurairah yang bermaksud:
“Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.”

Abi Burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa RasuluLlah SAW pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan. Hadith Rasulullah SAW daripada Jabar r.a pula mengatakan ianya adalah pada hari Juma’at, akhir waktu Asar. (Riwayat Abu Daud, An Nasa’iy dan Al Haakim)
Sabda Rasulullah SAW lagi :
“Solat lima waktu (sehari semalam) dan jumaat hingga jumaat merupakan penebus-penebus dosa (ketika itu) selama tidak dikerjakan dosa-dosa besar” (Riwayat Muslim)


Antara amalan yang dianjurkan sebelum pergi solat Jum’at ialah:

1- Mengenakan wangi-wangian bagi yang mampu, kecuali mereka yang berihram (al-Bukhari (840, 883), Muslim (1997)). 

2- Menggosok gigi (al-Bukhari (880), Muslim (1997)) 

3- Memakai pakaian yang cantik, iaitu berhias (Abu Daud (343) dan beliau mendiamkannya, maka ia Soleh – lanjut berkenaan erti Soleh disisi Abu Daud dianjur untuk merujuk risalah saya: “Setiap Hadith-Hadith Yang Didiamkan Imam Abu Daud Dalam Sunan Adalah 'Soleh' ”)

4- Menjauhi sebelum pergi ke solat daripada memakan makanan yang berbau kuat hingga dapat mengganggu jamaah solat, ini termasuk bawang putih, apatah lagi rokok (bersama-sama dengan haramnya ia) 

5- Segera menuju ke Masjid sebelum khutbah, kerana Malaikat akan mencatat nama mereka yang tiba awal ke Masjid, apabila khutbah bermula maka para Malaikat tidak lagi menulis sebaliknya mereka turut sama mendengar khutbah (al-Bukhari (3211), Muslim (2021))


Lihat video ni kalau nak tahu lebih lanjut...dari ulamak...terbaikkk...





Wednesday, 27 February 2013

BERDEHEM SELEPAS MEMBUANG AIR KECIL


BERDEHEM SELEPAS MEMBUANG AIR KECIL
Berdehem selepas buang air kecil menurut Syeikh Ibn Taimiyah rh. bukanlah wajib dan tidak juga mustahab menurut Imam-Imam Muslimin (Majmu’ al-Fataawa, 13/106).
Walau bagaimanapun terdapat beberapa kalangan ulama Syafie mengatakan bahawa digalakkan berdehem berserta beberapa amalan lain.

Menurut Imam Nawawi rh didalam Majmu’ Sharh Muhazzab  “mengenai beberapa ulama’ dikalangan mazhab Syafie (mengatakan bahawa) : sesungguhnya adalah mustahab (digalakkan) bersabar selepas beristinja’, mengurut Zakar sambil berdehem”.

Di dalam ilmu fiqh ini di namakan sebagai istibra'. Istibra' ini ialah kaedah menghabiskan sisa-sisa najis yang ada seperti air kencing agar hilang rasa was-was ia masih ada.

Banyak kaedah istibra' antarnya ialah dengan berjalan, ataupun berdehem, atau mencangkung kesebelah kiri atau lainnya seperti mengangkat atau menghentak2kan kaki iaitu kaedah membersihkan kemaluan lelaki yang menjadi tempat keluar air kencing dengan cara mengurut2 dengan tangan kiri dengan dimulakan dari bibir dubur sehingga ke kepalanya sebanyak 3 kali agar hilang sisa air kencing. Ini semua kaedah yang di sunatkan bukan diwajibkan.

Apabila seseorang antara kamu kencing maka hendaklah ia menarik zakarnya sebanyak 3 kali (Hr Ahmad)

Cara beristibra'???

1. Ini juga pendapat maliki, hanbali dan shafie iaitu dengan cara menarik dan mengurut zakar dengan perlahan sebanyak 3 kali.

2. Bagi perempuan caranya ialah dengan menekan hujung jari-jari tangan kirinya ke atas ari-ari kemaluannya.

- Pada umumnya kaedah istibra' berbeza2 mengikut diri masing2 agar hilang rasa was-was. (wahbah az zuhaili. fiqh Islam)

Dalil yg menunjuk istibra' adalah dituntut ialah:

"Kedua-duanya sedang di azab, tetapi bukanlah di azab kerana melakukan dosa besar (menunjukkan tidak melakukan istibra' bukanlah dosa besar). Salah seorangnya di azab kerana tidak istibra' dan yang lainnya kerana melakukan ancaman" (terdapat kecacatan pada hadis ini menurut bukhari)

Dalil yang menyatakan bahawa ia sunat bukan wajib ialah:

"bersucilah daripada air kencing kerana azab kubur pada umumnya berpunca daripadanya." (ruj wahbah az zuhaili).

So...jangan memandang ringan dengan berdehem selepas membuang air kecil...
1 kite dapat pahala bile beristibara’ sebab perbuatan ni sunat dan kita dapat mengelakkan seksaan kubur atas kelalaian kita tidak beristibara’ yang boleh membatalkan solat kita....
Jom Practise!!!!!!  ;)  hihkhihkhihkh  

Layan Ustaz Azhar idrus......



Wednesday, 20 February 2013

Solat Sunat Dhuha



Solat Sunat Dhuha
Solat Sunat Dhuha boleh dianggap sebagai rasa terima kasih seseorang hamba kepada Allah SWT atas segala berkah hidup yang diberikan-Nya.

Waktu Solat Dhuha

Solat sunat Dhuha dilakukan pada waktu matahari sedang naik. Sekira cuacanya berhalangan adalah lebih mudah dengan merujuk kepada takwim waktu solat. Masanya adalah 28 minit selepas Syuruk, iaitu sekiranya waktu Syuruk 7.32 pagi dan ditambah 28 minit, maka masuknya waktu Dhuha bermula jam 8.00 pagi.

Walaupun begitu waktu paling afdal melakukan Solat Sunat Dhuha adalah anggaran matahari naik, tinggi segalah (7 hasta atau 3 meter), lebih kurang dalam pukul 9.30 pagi.

Zaid bin Arqam r.a. berkata: “Nabi SAW keluar menuju tempat Ahli Quba, di kala itu mereka sedang mengerjakan Solat Dhuha. Baginda bersabda“Inilah solat orang-orang yang kembali kepada Allah, iaitu di waktu anak-anak unta telah bangkit kerana kepanasan waktu Dhuha.”  (HR. Ahmad, Muslim dan Tirmidzi).

Kelebihan Solat Dhuha

Bile aku terbace je kate2 kat bawah ni terus aku semangat sangat nak solat dhuha....hope korang yang bace ni pun ada semangat yang same nanti.  insyaAllah .. :)

Rasulullah SAW  bersabda:  “Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan ‘Dhuha’. Maka apabila  tiba hari kiamat kelak, berserulah (malaikat) penyeru: “Manakah orang-orang yang telah mengamalkan solat Dhuha; Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam syurga dengan Rahmat Allah.”   (HR At-Tabrani)

Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha MENARIK rezeki dan MENOLAK kepapaan."

Cara Solat Dhuha
1. Niat Dulu : 

2.  Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:

a.  Solat sunat Dhuha dua rakaat:
i  Ayat al-Kursi 10 kali dan Al-Ikhlas 10 kali atau;
ii. As-Syams dan Ad-Dhuha. atau;
iii. Al-lail dan Al-Insyirah.
.
b.  Solat Dhuha lebih daripada 4 rakaat;
i  Solat Pertama :   As-Syams dan Ad-Dhuha.
ii Solat Seterusnya :   Surah al-Kafirun dan Al-Ikhlas

3.Habis solat baca doa ni :



Dulu malas nak solat dhuha sebab tak hafal doa selepas solat sunat dhuha.sekarang Alhamdulillah...sebab adanya alunan doa dhuha ini dari kumpulan UNIC...korang kalau nak hafal dengar je doa ni banyak kali.Tapi kompem time korang nak bace doa korang akan terikut sekali alunan ni..hihihihi ...

UNIC - Doa Dhuha





GOOD LUCK!!!