Berwuduk
Setiap perintah Allah SWT tentu memiliki
hikmah kebaikan disebaliknya. Lima pancaindera kenapa semua tanpa terkecuali
disapu oleh air wudhu’. Mata, hidung,
telinga & seluruh kulit tubuh. Ini betul-betul luar biasa.
Nikmat yang Allah Bagi kepada kita :
- Dengan
cara yang mudah Allah memberikan Penghapusan dosa
kita dengan kita berwuduk.
- Setiap
hari Allah akan menghapuskan dosa kita
apabila kita mengambil wudhu untuk solat 5
waktu sehari semalam.(itu kalau kita solat 5 kali la ok) :P
Kelebihan Berwuduk Dalam Sains
Ahli syaraf/ neurologist pun telah
membuktikan dengan air wudhu’ yang menyejukkan hujung-hujung urat syaraf
jari-jari tangan dan jari-jari kaki berguna untuk menenangkan fikiran.
Fadilat dan kelebihan wudhu’
1.Orang yang tidur dalam keadaan berwuduk
pahalanya seperti
berpuasa.
2.Orang yang wuduk sebelum tidur, Malaikat tidur
bersamanya.
3.Nabi kenal
umatnya melalui cahaya wuduk. Wuduk selepas wuduk yang belum batal umpama Cahaya atas cahaya (Nur ala nur) ,
sudah cerah lagi bersuluh.
4.Doa selepas wuduk gugurkan dosa.
5.Wuduk menjadi kafarah, menghapus dosa
antara 2 waktu solat.
6.Air wuduk dan mandi junub
menghasilkan malaikat yang berdoa dan minta ampun untuk tuannya.
Makruh wudhu :
Apabila mengambil wudhu dengan air panas . Maksudnya, Air yang dijemur dibawah matahari kerana boleh
mewarisi penyakit sopak. (Kalau kita mengambil wudhu guna “water heater” tidak makruh.)
TAPI
hanya dinegara yang panas sahaja seperti Negara Arab bukan Malaysia.
Hukum Berbual-bual ketika wudhu
Sah wudhu. Tetapi
hilang pahala.
Note : Janganlah kita rasa mengambil
wudhu itu 1 kesusahan atau menyusahkan diri..kerana Free2 je Allah nak hapuskan
dosa kita. J
Video mengenai wudhu : https://www.youtube.com/watch?v=GxKYkeDV9Y4
Cerita-Cerita Pakai makeup dan nak ambil wudhu...
- Masuk
bab wuduk ini, antara syarat sah wuduk itu adalah membersihkan anggota wuduk
daripada
perkara2 yg boleh menghalang air daripada sampai ke kulit. Anggota
wuduk itu adalah muka, kedua belah tangan sampai siku, sebahagian rambut belah
depan dan kedua belah kaki sampai buku lali. Jadi, kalau
pakai pewarna kat bulu ketiak, masih sah wuduk.. sbb ketiak bukan termasuk dlm
anggota wuduk.
- Oleh
kerana mekap ini hanya pada muka, maka fokusnya pada air yg sampai pada muka.
Jika beliau memakai
bedak biasa, yang mana kalau kena air, bedak tu akan tanggal, maka tiada
masalah. Sebaliknya, jika pakai bedak luar biasa (bedak yg water proof.. tak telap
air), maka wuduknya itu TAK SAH.. kerana air tak mengenai kulitnya.
- Begitu
juga gincu..
juga pewarna kelopak mata, celak, maskara dsb.. jika tak telap air,
maka wuduk itu tak
sah.
- Sama
juga keadaannya bagi yg memakai bulu
mata palsu.. difahamkan, kalau nak pasang bebulu itu, kena letak gam khas
(rasanya bukan gam gajah).. maka, gam itu pun kena
dibersihkan dulu sebelum berwuduk.
·
Kalau sekadar mekap
yg nipis, tepek bedak sikit2, pakai gincu sikit, blusher sikit, celak sikit,
maka dimaafkan.. Yang dilarang adalah mereka2 yg berlebih2an dalam menghias
diri (yg bukannya untuk diperlihatkan kepada suami)..
resources : ustazlove
info yg bermanfaat.. :)
ReplyDeletetq
nice sharing... :)
ReplyDeletejemput ke blog saya...
ainniah.com
Nasib saya jenis tak suka makeup
ReplyDelete