Hari
Jumaat
- Hari
jumaat lebih baik dari Ramadhan dan 10 hari terakhirnya..Hari jumaat lebih baik
daripada hari-hari dalam ramadhan.
- Nabi
SAW bersabda : “barangsiapa yang mandi ,keluar awal berjalan kaki dan tidak
menunggang,kemudian menghampiri imam dan mendengar khutbah maka pada setiap
langkahnya,dia dikurniakan ganjaran berpuasa dan bersolat
selama setahun...masyaAllah seronoknya dan untungnya orang
lelaki ni kan....
Kelebihan
Hari Jumaat
1.
Berlakunya Hari Qiamat.
Dalam suatu hadis riwayat Muslim, Rasulullah SAW ada menyebut bahawa:
“Pada hari Jumaat juga
qiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta
sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”
2. Nabi Adam Diciptakan Dan
Baginda Juga Disingkirkan Dari Syurga.
“Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah
Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia
dikeluarkan dari syurga.”
3.
Penghulu Segala Hari.
Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).” Terdapat banyak kebaikan dan kelebihan pada hari ini termasuklah Solat Jum’aat.
4. Selamat Dari Fitnah
Kubur Bagi Yang Mati Pada Hari Jumaat.
Menurut Rasulullah SAW:
“Tidak seorang muslim yang
mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah
daripada fitnah kubur.”
5.
Kebaikan Dengan Memotong Kuku.
Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”
**Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang
panjang,dosanya sama seperti memelihara sekandang babi ..bayangkanlah dosa yang telah kita
tanggung untuk ke semua babi-babi tersebut…
Cara memotong kuku mengikut sunnah
Nabi :
Info tambahan
Kuku panjang mempunyai
sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman
tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu,
sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini tak
termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..
6. Makbulnya Doa Di Antara
Dua Khutbah.
Berdasarkan hadith Rasulullah SAW daripada Abu Hurairah yang
bermaksud:
“Pada hari Jumaat ada
satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di
mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.”
Abi Burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau
pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa
RasuluLlah SAW pernah menjelaskan bahawa waktu yang
paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk
di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan. Hadith Rasulullah SAW
daripada Jabar r.a pula mengatakan ianya adalah pada hari Juma’at, akhir waktu
Asar. (Riwayat Abu Daud, An Nasa’iy dan Al Haakim)
Sabda Rasulullah SAW lagi :
“Solat lima waktu (sehari semalam) dan
jumaat hingga jumaat merupakan penebus-penebus dosa
(ketika itu) selama tidak dikerjakan dosa-dosa besar” (Riwayat Muslim)
Antara amalan yang dianjurkan sebelum
pergi solat Jum’at ialah:
1- Mengenakan wangi-wangian bagi yang mampu, kecuali mereka yang berihram (al-Bukhari (840, 883), Muslim (1997)).
2- Menggosok gigi (al-Bukhari (880), Muslim (1997))
3- Memakai pakaian yang cantik, iaitu berhias (Abu Daud (343) dan beliau mendiamkannya, maka ia Soleh – lanjut berkenaan erti Soleh disisi Abu Daud dianjur untuk merujuk risalah saya: “Setiap Hadith-Hadith Yang Didiamkan Imam Abu Daud Dalam Sunan Adalah 'Soleh' ”)
4- Menjauhi sebelum pergi ke solat daripada memakan makanan yang berbau kuat hingga dapat mengganggu jamaah solat, ini termasuk bawang putih, apatah lagi rokok (bersama-sama dengan haramnya ia)
5- Segera menuju ke Masjid sebelum khutbah, kerana Malaikat akan mencatat nama mereka yang tiba awal ke Masjid, apabila khutbah bermula maka para Malaikat tidak lagi menulis sebaliknya mereka turut sama mendengar khutbah (al-Bukhari (3211), Muslim (2021))
Lihat video ni kalau nak tahu lebih
lanjut...dari ulamak...terbaikkk...
No comments:
Post a Comment