Pertama:Persediaan ilmu
agama. Ramai orang yang berpuasa tanpa ilmu di dada, di khuatiri ibadah
yang diharapkan mendapat pahala sebaliknya tidak diterima. Menjelang Ramadhan,
kita diseru meluangkan masa menuntut ilmu agama. Sama ada dengan cara membaca buku, menghadiri kuliah-kuliah agama
atau media massa. Perkara yang perlu diberi keutamaan ialah berkaitan
dengan ibadah puasa seperti rukun, syarat sah, perkara yang membatalkan puasa,
adab dan juga akhlak orang berpuasa. Hal ini begitu penting untuk mendapat
kesempurnaan ibadah puasa.
Kedua:Persediaan kesihatan.
Kesihatan tubuh badan yang sempurna menjamin kesempurnaan ibadah puasa.
Kecerdasan seluruh anggota badan diperlukan kerana pada bulan Ramadhanlah tubuh
badan dikerah bekerja kuat melaksanakan segala amalan
seperti solat sunat tarawih, qiamullail, membaca al-Quran, iktikaf dan
sebagainya.
Ketiga:Persediaan dari
sudut kewangan. Di antaranya ialah dengan bersedekah. Rasulullah SAW
merupakan seorang yang paling suka bersedekah
dan dermawan serta Baginda lebih dermawan di dalam bulan Ramadhan. Hal ini
diceritakan oleh Ibnu Abbas RA: “Rasulullah SAW
ialah orang yang paling dermawan. Dan beliau lebih dermawan lagi di bulan
Ramadhan di saat beliau bertemu Jibril. Jibril menemuinya setiap malam
untuk mengajarkan Al- Quran. Dan kedermawanan Rasulullah SAW melebihi angin
yang berhembus.” (Riwayat al-Bukhari)
Keempat:Memperbanyakkan
menyebut hal berkaitan kelebihan dan kemuliaan Ramadhan. Kita dituntut
memperbanyakkan bercerita tentang kemuliaan bulan Ramadhan. Perkara ini
bertujuan memberi rangsangan dan semangat kepada kita bagi membuat persediaan
bertemu Ramadhan. Bukankah sesuatu acara itu akan menjadi lebih meriah dan
suasananya dapat dirasai jika senantiasa diwar-warkan. Apatah lagi bulan yang
begitu mulia ini sepatutnya lebih layak
disebut-sebut kemulian dan ganjarannya oleh media massa, media elektronik dan
seluruh umat Islam.
Di mana cantiknya seorang wanita itu.. cantiknyaseseorang terletak
pada agamanya, cantik
seseorang wanita itu terletak pada akhlaknya, cantik
seseorang wanita itu terletak pada tuturkatanya, cantik
seseorang wanita itu terletak pada menjaga auratnya,
cantik seseorang wanita itu terlatak pada kesederhanaannya..
Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan
ialah wanita(isteri) yang solehah.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Amalan Wanita Solehah
1. Mendirikan
solat
Semua manusia yang sudah mencapai umur baligh
diwajibkan keatasnya solat fardu lima waktu sehari
semalam. Solat fardu dengan rajin dan lakukannya solat sunat bagi
menampung kekurangan yang terdapat pada solat wajib itu tadi.
2. Menjaga solatnya
Seseorang yang wajib solat dituntut juga khusyuk
ketika menunaikan kewajipan itu. Selain khusyuk,menunaikan solat juga dituntut
beristiqamah iaitu melakukan solat dengan berterusan mengerjakannya serta menjaga waktunya, ini bermaksud solat itu mesti diawal waktu dan tidak berlengah- lengah.
3. Bersyukur dan
redha
Manusia ini biasa mempunyai tabiat yang buruk kerana
apabila ditimpakan ujian atau musibah sering mengeluhdan adakalanya seperti
menyalahkan takdir. Sebaiknya kita bersyukur dan redhadengan setiap pemberian Allah.
4. Selalu
bersedekah
Murah hati adalah sifat yang mulia. Kehidupan akan
menjadi indah dan bahagia apabila semua orang ada perasaan ingin saling bantu membantu sesama saudara seagama.
Sehingga malikat berdoa agar orang yang rajin memberi sedekah itu Allah S.W.T
akan gantikan dangan ganjaran yang berlipat kali ganda.
5. Menjaga maruah
diri
Untuk menjadi wanita solehah hendaklah wanita itu
menjaga maruahnya dengan menutup aurat dengan
betul.memelihara diri dan kehormatannya serta menjauhi perlakuan yang
boleh mendorongnya melakukan maksiat dan perbuatan keji.
6. Takut murka
Allah
Wanita solehah sentiasa patuh
kepada ajaran Allah dan menjauhi semua laranganNya. Walaupun Allah
tidak dapat dilihat tetapi sentiasa merasakan Allah itu maha melihat semua
perbuatan hambaNya.
7. Menjaga amanah.
Sebagai wanita perlulah menjaga amanah yang telah
dipikulkan ke atasnya seperti amanah menjadi seorang
isteri, seorang ibu , seorang pekerja, seorang tertangga. Amanah kepada
Allah seperti di dalam surah Al-Fatihah , ‘kepada Engkau kami menyembah dan
kepada Engkau kami memohon pertolongan.
8. Pandai mengaji
Al-Quran
Wanita solehah selain solat, menjaga solatnya
dengan istiqamah, menjaga amanah dan memelihara diri,
mestilah juga tahu mengaji quran dan suka /sering menjadikan Quran itu sebagai
sahabatnya. Sesungguhnya rumah yang tidak diperdengarkan alunan bacaan
Quraan ibarat sebuah kubur.
ISTIQOMAH menurut bahasa ertinya tetap teguh, terus menerus, konsisten atau teguh pendirian.
Umar al-Khattab menjelaskan tentang istiqamoh dengan berkata:
“Istiqomah itu tetap menurut perintah mengikuti perintah dan menjauhi
larangan serta tidak menyimpang daripadanya”
“Daripada
Aisyah r.ha., Nabi Muhammad SAW bersabda: “Wahai
manusia lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu jemu.Amalan yang
paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit.”
Banyakkan berdoa. Doa khusus ialah minta Allah anugerahkan pada kita
supaya sentiasa beristiqamah. Doa sebenarnya satu visi. Jika di minda ada
tergambar untuk mendapatkan istiqamah sudah tentu jadi pendorong, apabila malas
akan teringat pada visi.
KEDUA
Berkawanlah dengan mereka yang komited
dengan kebaikan. Kawan baik ialah
kawan yang membantu kita berbuat baik. Kawan baiklah kawan yang mendorong kita
ke syurga. kawan yang baik ialah kawan yang menghalang kita daripada terjerumus
ke neraka.
KETIGA
Untuk beristiqamah ialah dengan menulis matlamat
yang kita nak capai dan lekatkan di mana-mana tempat di rumah atau pejabat
serta mudah dilihat. Ia bertujuan supaya kita tidak mudah lupa maklumlah
Ramadan datang setahun sekali.
KEEMPAT
Apabila sudah dapat kita tunaikan
amalan yang kita nak beristiqamah, iaitu apabila amalan itu sudah mula sebati
dengan jiwa kita buatlah kenduri iaitu raikanlah kejayaan kita itu dengan doa
selamat dengan menjemput sahabat terdekat.
KELIMA
Ialah dengan berdialog dengan diri sendiri. Biar
diri kita yang memujuk
diri sendiri dengan membandingkan istaqamah orang-orang dulu.
Sekiranya mereka dapat melakukannya kenapa kita tidak? Mereka juga manusia
seperti kita.
KEENAM
Bayangkan pahala besar yang menanti kita apabila kita dapat beristiqamah. : ‘Semoga Allah
menerima amalan kita dan amalanmu’”.
Says
: Beristiqomah bukanla sesuatu yang mudah
kecuali kite didik diri kite terus meneruskan dalam beribadat.contoh,bile kita
dah ada niat untuk solat sunat Dhuha.amalkan hari2.jika kita meninggalkan 1
waktu kerana malas sudah tentu istiqomah kita tidak Berjaya.Jadi selamat Berjaya
kepada sesiapa yang sedang mencuba menetapkan hati untuk terus dan terus
beribadat tanpa jemu dan tanpa meninggalkan dan buat semula.kerana sebagai
manusia bila sudah terbiasa meninggalkan pasti susah untuk kembali beristiqomah
semula. Kata2 ini untuk mengingatkan diri sendiri yg sentiasa iman turun naik…gud
luck!!!!
1. Solat Subuh : satu kali meninggalkan akan dimasukkan ke dalam neraka selama 30 tahun yang sama
dengan 60.000 tahun di dunia.
2. Solat Zuhur : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan membunuh 1.000 orang umat islam.
3. Solat Ashar : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan menutup/meruntuhkan ka’bah.
4. Solat Magrib : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan
berzina dengan orang tua.
5. Solat
Isya : satu kali meninggalkan tidak akan di
redhai Allah SWT tinggal di bumi atau di bawah langit serta makan dan minum
dari nikmatnya.
6 Siksa di Dunia Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu :
1. Allah SWT mengurangi keberkatan umurnya.
2. Allah SWT akan mempersulit rezekinya.
3. Allah SWT akan menghilangkan tanda/cahaya soleh dari raut wajahnya.
4. Orang yang meninggalkan solat tidak mempunyai tempat di dalam islam.
5. Amal
kebaikan yang pernah dilakukannya tidak mendapatkan pahala dari Allah SWT.
6. Allah tidak akan mengabulkan doanya.
3 Siksa Orang yang
Meninggalkan Solat Fardhu Ketika Menghadapi Sakratul Maut :
1. Orang yang meninggalkan solat akan
menghadapi sakratul maut dalam keadaan hina.
2. Meninggal dalam keadaan yang sangat lapar.
3. Meninggal dalam keadaan yang sangat haus.
3 Siksa Orang yang
Meninggalkan Solat Fardhu Ketika Menghadapi Sakratul Maut :
1. Orang yang meninggalkan solat akan
menghadapi sakratul maut dalam keadaan hina.
2. Meninggal dalam keadaan yang sangat lapar.
3. Meninggal dalam keadaan yang sangat haus.
3 Siksa Orang yang
Meninggalkan Solat Fardhu Ketika Bertemu Allah :
1. Orang yang meninggalkan solat di hari
kiamat akan
dibelenggu oleh malaikat.
2. Allah SWT TIDAK akan memandangnya dengan
kasih sayang.
3. Allah SWT TIDAK akan mengampunkan
dosa dosanya dan akan
di azab sangat pedih di neraka.
Hadith Mengenai Dosa
Meninggalkan Solat 5 Waktu
Mengenai balasan bagi orang yang
meninggalkan Solat Fardu: “Rasulullah SAW,
diperlihatkan
pada suatu kaum yang membenturkan kepala mereka pada batu, Setiap
kali benturan itu
menyebabkan kepala pecah, kemudian ia kembali kepada keadaan
semula dan mereka tidak
terus berhenti melakukannya.
Lalu
Rasulullah bertanya: “Siapakah ini wahai Jibril”? Jibril menjawab: “Mereka ini orang yang berat kepalanya untuk menunaikan
Solat fardhu”. (Hadits Riwayat Tabrani, sanad shahih)
Tgk Video ni : Nauzubillah terjadi pada diri kita atau keluarga kita.
Note: Sekiranya solat tidak dikerjakan, maka TERPUTUSLAH hubungan dengan Allah SWT.Bukti seseorang itu masih beriman kepada Allah SWT ialah SOLAT.
*** Ingatla bila kita nak masuk
ke syurga bukan dengan amalan kita sahaja,tetapi dengan RAHMAT dari Allah .Jika TERPUTUS hubungan kita dengan Allah
kerana meninggalkan solat macam mana nak masuk SYURGA Allah..Berfikirla sejenak tentang kehidupan kita diakhirat
kelak.Janganlah terlalu lalai dengan kehidupan didunia. Jika kita tidak rasa takut walaupun sedikit pun
apabila membaca azab pada orang yang tidak solat seperti tiada lagi iman
dihatinya.(marah2 sayang) :p
Setiap perintah Allah SWT tentu memiliki
hikmah kebaikan disebaliknya. Lima pancaindera kenapa semua tanpa terkecuali
disapu oleh air wudhu’. Mata, hidung,
telinga & seluruh kulit tubuh. Ini betul-betul luar biasa.
Nikmat yang Allah Bagi kepada kita :
-Dengan
cara yang mudah Allah memberikan Penghapusan dosa
kita dengan kita berwuduk.
-Setiap
hari Allah akan menghapuskan dosa kita
apabila kita mengambil wudhu untuk solat 5
waktu sehari semalam.(itu kalau kita solat 5 kali la ok) :P
Kelebihan Berwuduk Dalam Sains
Ahli syaraf/ neurologist pun telah
membuktikan dengan air wudhu’ yang menyejukkan hujung-hujung urat syaraf
jari-jari tangan dan jari-jari kaki berguna untuk menenangkan fikiran.
Fadilat dan kelebihan wudhu’
1.Orang yangtidur dalam keadaan berwuduk
pahalanya seperti
berpuasa.
2.Orang yang wuduk sebelum tidur, Malaikat tidur
bersamanya.
3.Nabi kenal
umatnya melalui cahaya wuduk. Wuduk selepas wuduk yang belum batalumpama Cahaya atas cahaya (Nur ala nur) ,
sudah cerah lagi bersuluh.
4.Doa selepas wudukgugurkan dosa.
5.Wuduk menjadi kafarah, menghapus dosa
antara 2 waktu solat.
6.Air wuduk dan mandi junub
menghasilkan malaikat yang berdoa dan minta ampun untuk tuannya.
Makruh wudhu :
Apabila mengambil wudhu dengan air panas . Maksudnya, Air yang dijemur dibawah mataharikerana boleh
mewarisi penyakit sopak.(Kalau kita mengambil wudhu guna “water heater” tidak makruh.)
TAPI
hanya dinegara yang panas sahaja seperti Negara Arab bukan Malaysia.
Hukum Berbual-bual ketika wudhu
Sah wudhu. Tetapi
hilang pahala.
Note : Janganlah kita rasa mengambil
wudhu itu 1 kesusahan atau menyusahkan diri..kerana Free2 je Allah nak hapuskan
dosa kita. J
-Masuk
bab wuduk ini, antara syarat sah wuduk itu adalah membersihkan anggota wuduk
daripada
perkara2 yg boleh menghalang air daripada sampai ke kulit. Anggota
wuduk itu adalah muka, kedua belah tangan sampai siku, sebahagian rambut belah
depan dan kedua belah kaki sampai buku lali. Jadi, kalau
pakai pewarna kat bulu ketiak, masih sah wuduk.. sbb ketiak bukan termasuk dlm
anggota wuduk.
-Oleh
kerana mekap ini hanya pada muka, maka fokusnya pada air yg sampai pada muka.
Jika beliau memakai
bedak biasa, yang mana kalau kena air, bedak tu akan tanggal, maka tiada
masalah. Sebaliknya, jika pakai bedak luar biasa (bedak yg water proof.. tak telap
air), maka wuduknya ituTAK SAH..kerana air tak mengenai kulitnya.
-Begitu
juga gincu..
juga pewarna kelopak mata, celak, maskara dsb.. jika tak telap air,
maka wuduk itu tak
sah.
-Sama
juga keadaannya bagi yg memakai bulu
mata palsu.. difahamkan, kalau nak pasang bebulu itu, kena letak gam khas
(rasanya bukan gam gajah).. maka, gam itu pun kena
dibersihkan dulu sebelum berwuduk.
·Kalau sekadar mekap
yg nipis, tepek bedak sikit2, pakai gincu sikit, blusher sikit, celak sikit,
maka dimaafkan.. Yang dilarang adalah mereka2 yg berlebih2an dalam menghias
diri (yg bukannya untuk diperlihatkan kepada suami)..
resources : ustazlove
Note : Maka itu, bagi sesiapa yang masih belum mampu nak meninggalkan
mekap tebal ni, kena habiskan sikit masa untuk cuci mekap tu.. jangan plak
combine waktu solat disebabkan malas nak cuci mekap, pastu nak pakai balik.
Mekap sikit2 cukup la.. kalau dah cantik tu, tak pakai mekap pun nampak
cantik.. kihkih
" Sesungguhnya orang
yang di rongganya Tidak terdapat sedikit pun AL-QUR'AN adalah seperti rumah
yang rusak." (HR. Ahmad, At Tirmidzi)
Bila kita Membaca dan Mengamalkan AL-QUR'ANRumah itu akan
terasa luas bagi penghuninya, akan di datangi Malaikat, di jauhi
syaitan dan akan membanjir pula di dalamnya Kebaikan.
Sebaliknya, jika kita Tidak pernah Membacanya al-quran Rumah itu akan
terasa Sempit bagi penghuninya, akan di jauhi Malaikat dan di
datangi syaitan serta tidak banyak Kebaikan.
Sesungguhnya AL-QUR'AN adalah Tali
ALLAH, Cahaya, Penyembuh yang sangat Mujarab, Pelindung bagi orang-orang yang
berpegang padanya, Penyelamat bagi orang yang mengikutinya, Tidak Membelokkan
tapi Meluruskan kita.
KEAJAIBAN-KEAJAIBAN AL-QUR'AN tidak akan pernah
habis, dan tidak pernah membosankan meski dibaca berulang-ulang.
Untuk itu Bacalah Ia, Karena
sesungguhnya ALLAH akan memberikan PAHALA atas bacaan tersebut, yang setiap Hurufnya
berpahala Sepuluh Kebaikan.
Bukan Aliif Laam Miin (sebagai satu
kata), Tetapi Alif,
Lam,
dan Mim
dengan setiap hurufnya sepuluh kebaikan.
Rasulullah bersabda :
" Sesungguhnya Allah
mempunyai para Ahli dari umat manusia yaitu Orang yang ahli Al-Qur'an." (HR.
Ad-Darimi).
Masa aku belajar time tu sem 3 ..bile
balik cuti sem, akak aku cerita pasal orang yang mendapat syafaat bila kat
kubur nanti bila hari2 baca quran...aku pun semangatla dengar..tapi sekarang
dah lupa..tapi bila nak kongsi ngan korang pasal hikmah membaca quran ni baru
aku teringat...aku punyala cari cerita ni...akhirnya...........jumpa
jugakkkk.....so korang bacala kalau nak jumpe jejaka kacak dalam kubur nanti
ok..hihkhikk
WAJIB BACE!!!!CERITA NI MENGENAI ORANG YANG MENDAPAT SYAFAAT KERANA SENTIASA MEMBACA AL-QURAN....
Di dalam sebuah hadis "daripada Abu
Umamah al-Bahili r.a Nabi saw bersabda yang bermaksud: “Bacalah
Al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat memberi syafaat kepada
golongannya". (riwayat Muslim)
Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa “Apabila seseorang itu meninggal
dunia dan keluarganya sibuk melakukan upacara pengkebumian, seorang
yang kacak akan berdiri di bahagian kepalanya.
Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan datang mendiami antara dadanya dan
kain kafan itu. Bila selesai dikebumikan, orang ramai akan pulang ke rumah dan datanglah dua
malaikat; Munkar dan Nakir cuba untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya
mereka dapat membuat pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal dunia itu
tanpa sebarang gangguan.
Tetapi orang
yang kacak itu akan berkata : “Dia adalah kawanku. Aku tidak akan
meninggalkannya berseorangan walau dalam keadaan apa sekalipun. Jalankanlah
tugas kamu tetapi aku tidak akan meninggalkannya sehingga aku membawanya masuk
ke SYURGA!” Selepas itu dia berpaling ke
arah mayat sahabatnya dan berkata: “Akulah Al-Quran
yang mana engkau telah membacanya kadang kala dengan suara perlahan dan kadang
kala dengan suara yang kuat” . “
Janganlah engkau bimbang. Selepas
pertanyaan Munkar dan Nakir ini, engkau tidak akan berasa dukacita lagi” Bila
pertanyaan selesai, orang yang kacak itu akan mengadakan untuknya satu hamparan
sutera yang penuh dengan kasturi dari malaikat – malaikat dari syurga”.
Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang itu adalah kita. Kita tahu
tentang tingginya syafaat Al-Quran tetapi dengan mengetahuinya sahaja tanpa
berusaha untuk mendekati dan merebut syafaat itu kita adalah orang-orang yang
rugi.
Cuba kita renungkan sejenak diri kita sendiri. Ajal dan maut adalah ketentuan
Allah. Bila ia telah datang kita tidak akan mampu memperlambatkan atau
mempercepatkannya walaupun untuk tempoh sesaat. Dan apabila berada di alam
kubur siapakah lagi yang akan menemani kita jauh sekali memberi bantuan kecuali
amalan – amalan kita sewaktu di dunia.
Tip : Kalau rase macam tak de masa nak
bace quran tu...bacala lepas magrib..sebab time tula masa kita beristirehat
sebenarnya untuk memperbanyakkan dan mencantikkan amalan kita...renungan diri
sendiri dan untuk semua.. :)
***Dekatilah Al-Quran dan
jadikalah ia teman di dunia dan pemberi syafaat di Akhirat.
-Hari
jumaat lebih baik dari Ramadhan dan 10 hari terakhirnya..Hari jumaat lebih baik
daripada hari-hari dalam ramadhan.
-Nabi
SAW bersabda : “barangsiapa yang mandi ,keluar awal berjalan kaki dan tidak
menunggang,kemudian menghampiri imam dan mendengar khutbah maka pada setiap
langkahnya,dia dikurniakan ganjaran berpuasa dan bersolat
selama setahun...masyaAllah seronoknya dan untungnya orang
lelaki ni kan....
Kelebihan
Hari Jumaat
1.Berlakunya Hari Qiamat.
Dalam suatu hadis riwayat Muslim, Rasulullah SAW ada menyebut bahawa:
“Pada hari Jumaat juga
qiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta
sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”
2.Nabi Adam Diciptakan Dan
Baginda Juga Disingkirkan Dari Syurga.
“Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah
Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia
dikeluarkan dari syurga.”
3.Penghulu Segala Hari.
Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang
bermaksud:“Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’
iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”Terdapat banyak kebaikan
dan kelebihan pada hari ini termasuklah Solat Jum’aat.
4.Selamat Dari Fitnah
Kubur Bagi Yang Mati Pada Hari Jumaat.
Menurut Rasulullah SAW:
“Tidak seorang muslim yang
mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah
daripada fitnah kubur.”
5.Kebaikan Dengan Memotong Kuku.
Ibnu Masud berkata,“Sesiapa yang memotong kuku pada hari
Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya
keselamatan.”
**Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang
panjang,dosanya sama seperti memelihara sekandang babi ..bayangkanlah dosa yang telah kita
tanggung untuk ke semua babi-babi tersebut…
Cara memotong kuku mengikut sunnah
Nabi :
Info tambahan
Kuku panjang mempunyai
sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman
tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu,
sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini tak
termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..
6.Makbulnya Doa Di Antara
Dua Khutbah.
Berdasarkan hadith Rasulullah SAW daripada Abu Hurairah yang
bermaksud:
“Pada hari Jumaat ada
satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di
mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.”
Abi Burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau
pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa
RasuluLlah SAW pernah menjelaskan bahawa waktu yang
paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk
di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan. Hadith Rasulullah SAW
daripada Jabar r.a pula mengatakan ianya adalah pada hari Juma’at, akhir waktu
Asar. (Riwayat Abu Daud, An Nasa’iy dan Al Haakim)
Sabda Rasulullah SAW lagi :
“Solat lima waktu (sehari semalam) dan
jumaat hingga jumaat merupakan penebus-penebus dosa
(ketika itu) selama tidak dikerjakan dosa-dosa besar”(Riwayat Muslim)
Antara amalan yang dianjurkan sebelum
pergi solat Jum’at ialah:
1- Mengenakan wangi-wangian bagi yang mampu,
kecuali mereka yang berihram (al-Bukhari (840, 883), Muslim (1997)).
2- Menggosok gigi (al-Bukhari (880), Muslim
(1997))
3- Memakai pakaian yang cantik, iaitu
berhias (Abu Daud (343) dan beliau mendiamkannya, maka ia Soleh – lanjut
berkenaan erti Soleh disisi Abu Daud dianjur untuk merujuk risalah saya:
“Setiap Hadith-Hadith Yang Didiamkan Imam Abu Daud Dalam Sunan Adalah 'Soleh'
”)
4- Menjauhi sebelum pergi ke solat daripada memakan
makanan yang berbau kuat hingga dapat mengganggu jamaah solat, ini
termasuk bawang putih, apatah lagi rokok (bersama-sama dengan haramnya ia)
5- Segera menuju ke Masjid sebelum khutbah,
kerana Malaikat
akan mencatat nama mereka yang tiba awal ke Masjid, apabila khutbah
bermula maka para Malaikat tidak lagi menulis sebaliknya mereka turut sama
mendengar khutbah (al-Bukhari (3211), Muslim (2021))
Lihat video ni kalau nak tahu lebih
lanjut...dari ulamak...terbaikkk...