Anda Suka Blog Ni ??

Wednesday, 18 September 2013

Menjadi manusia yang bersyukur


Kebiasaannya, bila kita dikurniakan nikmat, rezeki, kegembiraan mahupun kelebihan apa yang kita akan lakukan?

BERSYUKUR!

Ya, itulah yang seharusnya…….



Syukurilah segala nikmat Allah daripada sekecil-kecil perkara yang selama ini tidak kita hiraukan seperti udara yang percuma, keupayaan membuang air kecil, kesempurnaan deria anggota tubuh badan, dan sebagainya lagi yang tidak mungkin dapat kita sebutkan satu persatu akan nikmat Allah pada makhluk-Nya yang bernama manusia ini

Allah dalam firman-Nya bermaksud:

"Dan Tuhan melahirkan kamu dari perut ibumu tanpa mengetahui apa-apa pun. Dan (kemudian) 
diberinya kamu pendengaran, penglihatan dan hati supaya kamu bersyukur - berterima kasih." 

Fiman Allah SWT:

“Mereka yang sabar dalam musibah, kemiskinan dan ketika peperangan merekalah orang-orang yang benar dan merekalah orang-orang yang bertakwa – memelihara dirinya dari kejahatan.” (Surah Al-Baqarah, 177)

CARA-CARA BERSYUKUR

  1. HATI - Sentiasa mengingati Allah yang memberi nikmat
  2. LIDAH - Mengucap Alhamdulillah ketika mendapat nikmat
  3. TUBUH BADAN - Menggunakan nikmat untuk kebaikan

Teringat saya pada penjelasan seorang Ustaz semasa saya berada di peringkat Sekolah Rendah dulu, yang mana rakan saya ada bertanya kepada Ustaz tersebut,“Mengapakah setelah acap kali kita berdoa dan memohon kepada Allah untuk dikurniakan sesuatu, tetapi masih belum mendapat apa yang dipohon??

Ustaz saya menjawab,“Itu adalah tanda Allah menyayangi kita, kerana apa...!, kerana Allah mengetahui kalau kita masih belum memiliki apa yang kita pinta kepadaNya, kita akan terus meminta dengan berdoa dan mengingati Allah ? Sesungguhnya Allah amat rindu kepada suara-suara hamba-hamba yang telah diciptakanNya merayu dan memujiNya

Bayangkan, jikalau sekali kita bermohon sesuatu kurniaan dan terus Allah kurniakan, berkemungkinan besar kita sebagai manusia yang mempunyai hawa nafsu akan menjadi taksub dan lupa diri dari mensyukuri nimat yang telah Allah kurniakan.

Rasullulah Sallallhu 'alaihi Wasallam. Bersabda :

"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka),ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah ." - Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi "

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN ISTIDRAJ??

Istidraj
bermaksud pemberian nikmat Allah kepada hamba-hambanya yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya.

* Biar kita miskin, biar kita buruk, biar kita cacat, asalkan hidup mendapat berkat.


           : http://www.iluvislam.com

Sunday, 28 July 2013

Amalan yang digalakkan 10 malam terakhir ramadhan


Ada beberapa amalan yang dilakukan oleh Rasulullah saw dan sahabat pada malam-malam akhir Ramadan untuk mengisi Lailatul Qadar. Antaranya:

1.     Mandi, berpakaian indah dan berharum-haruman 

Diriwayatkan oleh Ibnu Abi `Asim bahawa Huzaifah pernah mengerjakan qiyam Ramadan bersama Rasulullah dan melihat bahawa Baginda mandi pada malam itu. Ibnu Jarir pula berkata bahawa sahabat menyukai mandi pada malam-malam akhir Ramadan. 


Demikian pula beberapa riwayat daripada sahabat seperti Anas bin Malik dan ulama pada masa Tabi'in menyatakan bahawa mereka akan mandi, memakai baju indah dan berharum-haruman apabila berada pada akhir Ramadan.

Apa yang dilakukan oleh Rasulullah, sahabat dan Tabi'in ini adalah satu upaya untuk menyambut dan meraikan kedatangan Lailatul Qadar, sambil berdoa mendapatkan keampunan dan keberkatan malam itu. 


2.    Melaksanakan solat sunat, iktikaf dan membaca al-Quran. 

    Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan satu hadis daripada Aishah, bermaksud: “Adalah Rasulullah apabila telah masuk 10 akhir daripada Ramadan, maka Baginda akan menghidupkan malam-malamnya, membangunkan keluarganya dan mengikat pinggangnya.” 

Ibadat yang biasa dilakukan pada malam Ramadan adalah solat Tarawih dan Witir serta membaca al-Quran. Dalam salah satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dari Amru bin `Ash bermaksud: “Barang siapa yang solat pada malam Ramadan dan membaca 10 ayat daripada al-Quran maka dia tidaklah dicatat sebagai orang yang lalai.” 

Solat berjemaah juga sangat diutamakan pada malam akhir Ramadan hingga Imam Malik dan Imam Syafie berkata: “Siapa yang solat Isyak dan Subuh berjemaah pada malam al-Qadar, dia telah mengambil bahagiannya daripada malam itu.” Ertinya orang yang mengerjakan solat Isyak dan Subuh saja dianggap telah mendapat sebahagian daripada Lailatul Qadar, apa lagi mereka mengisinya dengan amalan lain sepanjang malam itu. 

Selain solat dan membaca al-Quran, 10 akhir Ramadan ini biasanya diisi oleh Rasul dengan beriktikaf di masjid dan tidak tidur bersama isteri-isterinya. Ini berdasarkan hadis Aishah yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, bermaksud:”Bahawa Rasulullah beriktikaf pada 10 hari akhir sampai Baginda wafat.” 

3.    Memperbanyak doa. 




    Rasulullah bersabda doa adalah otak segala ibadat. Doa juga kunci daripada semua ibadat. Aishah diperintahkan oleh Rasulullah untuk memperbanyak doa pada 10 malam terakhir Ramadan. 
    Dalam satu hadis daripada Aishah diriwayatkan at-Tirmizi, Aishah diajar oleh Rasulullah membaca doa pada malam al-Qadar. 

    Ulama bersepakat bahawa doa yang paling utama pada malam al-Qadar adalah doa yang meminta keampunan dan kemaafan daripada Allah. Perkara ini seperti doa yang diajarkan Rasulullah kepada Aishah. Doanya berbunyi: “Allahumma innaka afuwun tuhibbul afwa fa' fu anni (maksudnya, Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun, yang suka Maha Mengampun, maka ampunilah aku ini).” 

    Pada malam itu Allah akan mengabulkan semua permohonan dan doa, terkecuali terhadap empat golongan manusia. Ibnu Abbas berkata: “Semua doa pada malam itu diterima terkecuali doa orang meminum arak, anak yang derhaka kepada ibu bapa, orang yang selalu bertengkar dan mereka yang memutuskan silaturahim.”

Monday, 8 July 2013

AMALAN YANG DIGALAKKAN SEMASA BULAN RAMADHAN


Di antara yang diajar oleh Rasulullah SAW semasa bulan Ramadhan ialah:

  1. MAKAN SAHUR DAN MELEWATKANNYA
Anas bin Malik r.a. berkata telah bersabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Sahurlah kamu sekelian, sesungguhnya dalam sahur itu ada keberkatannya (HR Muslim). Dan baginda SAW juga biasa mengakhirkan sahur, sebagaimana terdapat riwayat dari Anas bin Malik (dan dalam satu riwayat darinya bahawa Zaid bin Tsabit bercerita kepadanya) bahawa Nabiyullah dan Zaid bin Tsabit makan sahur bersama. Tatkala keduanya telah selesai sahur, Nabi berdiri lalu bersolat. Aku bertanya kepada Anas: Berapa lama antara keduanya selesai makan sahur dan mulai solat? Anas berkata: Sekitar (membaca) lima puluh ayat (HR Bukhari)(agak2 dalam 15 atau 20 minit sebelum subuh macamtula)

  1. IMSAK
Rasulullah bersabda: “Apabila salah seorang dari kamu mendengar azan subuh padahal bekas minuman masih di tangannya, maka janganlah ia meletakkannya sehingga dia menyelesaikan meminumnya”. (HR Abu Daud dan Ibnu Majah).

  1. MEMPERCEPATKAN BERBUKA BILA MASUK WAKTU BERBUKA
 Sahl bin Saad berkata sesungguhnya Rasulullah telah bersabda: Telah berfirman Allah SWT “Hamba-hamba-Ku yang lebih aku cintai ialah mereka yang segera berbuka puasa bila tiba masanya" (HR Tirmizi dan Abu Hurairah). Dari Sahl bin Sa’ad RA bahwa Rasulullah SAW bersabda : Manusia akan senantiasa berada dalam kebaikan selama mereka mahu menyegerakan berbuka (HR Bukhari dan Muslim). Dan makanan kegemaran Nabi SAW ketika berbuka ialah kurma. Satu riwayat dari Sulaiman Ibnu Amir Al-Dhobby bahwa Nabi SAW bersabda: Apabila seseorang di antara kamu berbuka, hendaknya ia berbuka dengan kurma, jika tidak mendapatkannya, hendaknya ia berbuka dengan air karena air itu suci. Riwayat Imam Lima. Hadits sahih menurut Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban, dan Hakim.

  1. QIYAMULLAIL
Berkenaan dengan hal ini terdapat riwayat Abu Hurairah RA mengatakan bahawa Rasulullah bersabda: "Barangsiapa yang mendirikan solat malam di bulan Ramadhan kerana iman dan mengharap pahala dari Allah, maka diampuni dosanya yang telah lampau (HR Bukhari).

  1. MEMBANYAKKAN MEMBACA AL-QURAN
Dari Ibnu ‘Abbas RA, baginda SAW bersabda: Saat Jibril menemuinya. Setiap kali Jibril menemui baginda pada malam Ramadhan, pasti beliau tengah mentadabburi al-Quran (HR Bukhari & Muslim). Rasulullah bersabda yang bermaksud: Orang-orang yang berkumpul di masjid dan membaca al-Quran, maka kepada mereka Allah akan limpahkan rahmat (HR Muslim).

  1. MEMBANYAKKAN SEDEKAH
Rasulullah SAW yang terkenal dengan sifat pemurah telah membanyakkan sedekah ketika di bulan Ramadhan. Ibnu ‘Abbas RA meriwayatkan, ia berkata: Rasulullah SAW adalah seorang manusia yang paling pemurah, terutama sekali pada bulan Ramadhan, saat Jibril menemui beliau. Setiap kali Jibril menemui beliau pada malam Ramadhan, pasti beliau tengah mentadabburi al-Quran. Sungguh tatkala Jibril menemiu beliau, beliau adalah seorang manusia yang paling pemurah dalam mengulurkan kebaikan, bahkan lebih pemurah dari angin (pembawa rahmat) yang terus bertiup (HR Bukhari dan Muslim).

  1. MENINGGALKAN PERBUATAN DAN KELAKUAN BURUK.
 Dari Abu Hurairah RA, ia berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Allah berfirman: Semua amal soleh anak Adam akan dilipatgandakan, SATU kebaikan dilipatgandakan menjadi 10 kalinya, bahkan sampai 700 kalinya, kecuali puasa, sebab puasa adalah milikKu dan hanya Aku lah yang akan membalasnya, hal ini disebabkan seseorang yang berpuasa itu meninggalkan syahwat dan makanannya kerana Aku. Orang yang berpuasa itu memiliki dua kegembiraan, yakni kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan ketika menghadap Rabbnya. Sungguh bau mulut orang yang sedang berpuasa itu dalam pandangan Allah lebih harum dari haruman kasturi. Puasa adalah perisai. Jika seseorang sedang puasa, janganlah ia berbuat atau berkata yang tidak senonoh. Jika ada seseorang yang memakinya, hendaklah ia mengatakan: "Maaf aku sedang puasa" (HR Bukhari-Muslim).





Monday, 24 June 2013

Persediaan Menyambut Bulan Ramadhan


Pertama: Persediaan ilmu agama. Ramai orang yang berpuasa tanpa ilmu di dada, di khuatiri ibadah yang diharapkan mendapat pahala sebaliknya tidak diterima. Menjelang Ramadhan, kita diseru meluangkan masa menuntut ilmu agama. Sama ada dengan cara membaca buku, menghadiri kuliah-kuliah agama atau media massa. Perkara yang perlu diberi keutamaan ialah berkaitan dengan ibadah puasa seperti rukun, syarat sah, perkara yang membatalkan puasa, adab dan juga akhlak orang berpuasa. Hal ini begitu penting untuk mendapat kesempurnaan ibadah puasa.

Kedua: Persediaan kesihatan. Kesihatan tubuh badan yang sempurna menjamin kesempurnaan ibadah puasa. Kecerdasan seluruh anggota badan diperlukan kerana pada bulan Ramadhanlah tubuh badan dikerah bekerja kuat melaksanakan segala amalan seperti solat sunat tarawih, qiamullail, membaca al-Quran, iktikaf dan sebagainya.

Ketiga: Persediaan dari sudut kewangan. Di antaranya ialah dengan bersedekah. Rasulullah SAW merupakan seorang yang paling suka bersedekah dan dermawan serta Baginda lebih dermawan di dalam bulan Ramadhan. Hal ini diceritakan oleh Ibnu Abbas RA: Rasulullah SAW ialah orang yang paling dermawan. Dan beliau lebih dermawan lagi di bulan Ramadhan di saat beliau  bertemu Jibril. Jibril menemuinya setiap malam untuk mengajarkan Al- Quran. Dan kedermawanan Rasulullah SAW melebihi angin yang berhembus. (Riwayat al-Bukhari)

Keempat: Memperbanyakkan menyebut hal berkaitan kelebihan dan kemuliaan Ramadhan. Kita dituntut memperbanyakkan bercerita tentang kemuliaan bulan Ramadhan. Perkara  ini bertujuan memberi rangsangan dan semangat kepada kita bagi membuat persediaan bertemu Ramadhan. Bukankah sesuatu acara itu akan menjadi lebih meriah dan suasananya dapat dirasai jika senantiasa diwar-warkan. Apatah lagi bulan yang begitu mulia ini sepatutnya lebih layak disebut-sebut kemulian dan ganjarannya oleh media massa, media elektronik dan seluruh umat Islam.



Friday, 21 June 2013

Di mana cantiknya seorang wanita itu


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Di mana cantiknya seorang wanita itu..
cantiknya seseorang terletak pada agamanya,
cantik seseorang wanita itu terletak pada akhlaknya,
cantik seseorang wanita itu terletak pada tuturkatanya,
cantik seseorang wanita itu terletak pada menjaga auratnya,
cantik
seseorang wanita itu terlatak pada kesederhanaannya..
Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan
ialah wanita(isteri) yang solehah.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Amalan Wanita Solehah

1. Mendirikan solat

Semua manusia yang sudah mencapai umur baligh diwajibkan keatasnya solat fardu lima waktu sehari semalam. Solat fardu dengan rajin  dan lakukannya solat sunat bagi menampung kekurangan yang terdapat pada solat wajib itu tadi.

2. Menjaga solatnya

Seseorang yang wajib solat dituntut juga khusyuk ketika menunaikan kewajipan itu. Selain khusyuk,menunaikan solat juga dituntut beristiqamah iaitu melakukan solat dengan berterusan mengerjakannya serta menjaga waktunya, ini bermaksud solat itu mesti diawal waktu dan tidak berlengah- lengah.

3. Bersyukur dan redha

Manusia ini biasa mempunyai tabiat yang buruk kerana apabila ditimpakan ujian atau musibah sering mengeluhdan adakalanya seperti menyalahkan takdir. Sebaiknya kita bersyukur dan redha dengan setiap pemberian Allah.

4. Selalu bersedekah

Murah hati adalah sifat yang mulia. Kehidupan akan menjadi indah dan bahagia apabila semua orang ada perasaan ingin saling bantu membantu sesama saudara seagama. Sehingga malikat berdoa agar orang yang rajin memberi sedekah itu Allah S.W.T akan gantikan dangan ganjaran yang berlipat kali ganda.

5. Menjaga maruah diri

Untuk menjadi wanita solehah hendaklah wanita itu menjaga maruahnya dengan menutup aurat dengan betul.memelihara diri dan kehormatannya serta menjauhi perlakuan yang boleh mendorongnya  melakukan maksiat dan perbuatan keji.

6. Takut murka Allah

Wanita solehah sentiasa patuh kepada ajaran Allah dan menjauhi semua laranganNya. Walaupun  Allah tidak dapat dilihat tetapi sentiasa merasakan Allah itu maha melihat semua perbuatan hambaNya.

7. Menjaga amanah.

Sebagai wanita perlulah menjaga amanah yang telah dipikulkan ke atasnya seperti amanah menjadi seorang isteri, seorang ibu , seorang pekerja, seorang tertangga. Amanah kepada Allah seperti di dalam surah Al-Fatihah , ‘kepada Engkau kami menyembah dan kepada Engkau kami memohon pertolongan.

8. Pandai mengaji Al-Quran

Wanita solehah  selain solat, menjaga solatnya dengan istiqamah, menjaga amanah dan memelihara diri, mestilah juga tahu mengaji quran dan suka /sering menjadikan Quran itu sebagai sahabatnya. Sesungguhnya rumah yang tidak diperdengarkan alunan bacaan Quraan ibarat sebuah kubur.





Tuesday, 28 May 2013

ISTIQOMAH DALAM BERIBADAH



ISTIQOMAH menurut bahasa ertinya tetap teguh, terus menerus, konsisten atau teguh pendirian. Umar al-Khattab menjelaskan tentang istiqamoh dengan berkata:

Istiqomah itu tetap menurut perintah mengikuti perintah dan menjauhi larangan serta tidak menyimpang daripadanya”

“Daripada Aisyah r.ha., Nabi Muhammad SAW bersabda:Wahai manusia lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu jemu. Amalan yang paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)



PERTAMA

Banyakkan berdoa. Doa khusus ialah minta Allah anugerahkan pada kita supaya sentiasa beristiqamah. Doa sebenarnya satu visi. Jika di minda ada tergambar untuk mendapatkan istiqamah sudah tentu jadi pendorong, apabila malas akan teringat pada visi.

KEDUA

Berkawanlah dengan mereka yang komited dengan kebaikan. Kawan baik ialah kawan yang membantu kita berbuat baik. Kawan baiklah kawan yang mendorong kita ke syurga. kawan yang baik ialah kawan yang menghalang kita daripada terjerumus ke neraka.

KETIGA

Untuk beristiqamah ialah dengan menulis matlamat yang kita nak capai dan lekatkan di mana-mana tempat di rumah atau pejabat serta mudah dilihat. Ia bertujuan supaya kita tidak mudah lupa maklumlah Ramadan datang setahun sekali.

KEEMPAT

Apabila sudah dapat kita tunaikan amalan yang kita nak beristiqamah, iaitu apabila amalan itu sudah mula sebati dengan jiwa kita buatlah kenduri iaitu raikanlah kejayaan kita itu dengan doa selamat dengan menjemput sahabat terdekat.

KELIMA

Ialah dengan berdialog dengan diri sendiri. Biar diri kita yang memujuk diri sendiri dengan membandingkan istaqamah orang-orang dulu. Sekiranya mereka dapat melakukannya kenapa kita tidak? Mereka juga manusia seperti kita.

KEENAM

Bayangkan pahala besar yang menanti kita apabila kita dapat beristiqamah. : ‘Semoga Allah menerima amalan kita dan amalanmu’”.



Says : Beristiqomah bukanla sesuatu yang mudah kecuali kite didik diri kite terus meneruskan dalam beribadat.contoh,bile kita dah ada niat untuk solat sunat Dhuha.amalkan hari2.jika kita meninggalkan 1 waktu kerana malas sudah tentu istiqomah kita tidak Berjaya.Jadi selamat Berjaya kepada sesiapa yang sedang mencuba menetapkan hati untuk terus dan terus beribadat tanpa jemu dan tanpa meninggalkan dan buat semula.kerana sebagai manusia bila sudah terbiasa meninggalkan pasti susah untuk kembali beristiqomah semula. Kata2 ini untuk mengingatkan diri sendiri yg sentiasa iman turun naik…gud luck!!!!

Tuesday, 23 April 2013

Hukum meninggalkan solat 5 waktu


Hukum meninggalkan solat 5 waktu

Lalai solat lima waktu

Didalam neraka Jahanam terdapat wadi (lembah) yang didalamnya adalah ular-ular bersaiz 

sebesar tengkuk unta dan panjangnya sebulan perjalanan.  Kerjanya tiada lain selain mengigit 

orang-orang yang tidak menunaikan sembahyang semasa hidup mereka. Bisa ular itu pula 

menggelegak di dalam badan mereka selama 70 tahun sehingga luruh seluruh daging badan 

mereka. Kemudian tubuh mereka kembali pulih lalu digigit lagi dan begitulah seterusnya.





Dosa Meninggalkan Solat 5 Waktu

1. Solat Subuh : satu kali meninggalkan akan dimasukkan ke dalam neraka selama 30 tahun yang    sama dengan 60.000 tahun di dunia. 

2. Solat Zuhur : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan membunuh 1.000 orang umat islam.

3. Solat Ashar : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan menutup/meruntuhkan ka’bah. 

4. Solat Magrib : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan berzina dengan orang tua. 

5. Solat Isya : satu kali meninggalkan tidak akan di redhai Allah SWT tinggal di bumi atau di bawah langit serta makan dan minum dari nikmatnya.


6 Siksa di Dunia Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu :
1. Allah SWT mengurangi keberkatan umurnya

2. Allah SWT akan mempersulit rezekinya. 

3. Allah SWT akan menghilangkan tanda/cahaya soleh dari raut wajahnya. 

4. Orang yang meninggalkan solat tidak mempunyai tempat di dalam islam. 

5. Amal kebaikan yang pernah dilakukannya tidak mendapatkan pahala dari Allah SWT. 

6. Allah tidak akan mengabulkan doanya.



3 Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu Ketika Menghadapi Sakratul Maut :

1. Orang yang meninggalkan solat akan menghadapi sakratul maut dalam keadaan hina. 

2. Meninggal dalam keadaan yang sangat lapar. 

3. Meninggal dalam keadaan yang sangat haus.


3 Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu Ketika Menghadapi Sakratul Maut :

1. Orang yang meninggalkan solat akan menghadapi sakratul maut dalam keadaan hina. 

2. Meninggal dalam keadaan yang sangat lapar. 

3. Meninggal dalam keadaan yang sangat haus.


3 Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu Ketika Bertemu Allah :

1. Orang yang meninggalkan solat di hari kiamat akan dibelenggu oleh malaikat. 

2. Allah SWT TIDAK akan memandangnya dengan kasih sayang

3. Allah SWT TIDAK akan mengampunkan dosa dosanya dan akan di azab sangat pedih di neraka.


Hadith Mengenai Dosa Meninggalkan Solat 5 Waktu

Mengenai balasan bagi orang yang meninggalkan Solat Fardu: “Rasulullah SAW, diperlihatkan 

pada suatu kaum yang membenturkan kepala mereka pada batu, Setiap kali benturan itu 

menyebabkan kepala pecah, kemudian ia kembali kepada keadaan semula dan mereka tidak 

terus berhenti melakukannya

Lalu Rasulullah bertanya: “Siapakah ini wahai Jibril”? Jibril menjawab: “Mereka ini orang yang berat kepalanya untuk menunaikan Solat fardhu”. (Hadits Riwayat Tabrani, sanad shahih) 





Tgk Video ni :  Nauzubillah terjadi pada diri kita atau keluarga kita. 



Note : Sekiranya solat tidak dikerjakan, maka TERPUTUSLAH hubungan dengan Allah SWT. Bukti seseorang itu masih beriman kepada Allah SWT ialah SOLAT.

***  Ingatla bila kita nak masuk ke syurga bukan dengan amalan kita sahaja,tetapi dengan RAHMAT dari Allah .Jika TERPUTUS hubungan kita dengan Allah kerana meninggalkan solat macam mana nak masuk SYURGA Allah..Berfikirla sejenak tentang kehidupan kita diakhirat kelak.Janganlah terlalu lalai dengan kehidupan didunia. Jika kita tidak rasa takut walaupun sedikit pun apabila membaca azab pada orang yang tidak solat seperti tiada lagi iman dihatinya.(marah2 sayang)  :p